SEMINAR BERCINTA HINGGA KE SYURGA

SEMINAR BERCINTA HINGGA KE SYURGA
Terdapat tiga siri lengkap dari proses menjemput jodoh yang terbaik, hingga ke proses taaruf dan tips menjadi isteri bahagia.
SIRI 1: MUDAHNYA MENJEMPUT JODOH
- Adakah jodoh kita perlu tunggu sahaja atau mencari?
- Dalam mencari jodoh perlukan teknik dan skil yang betul. Jika salah satu elemen tidak betul itu yang menyebabkan proses mencari jodoh sukar.
- Dalam siri pertama peserta akan diajar mengenai teknik presentable seperti marketing diri, attitude dan perubahan penampilan.
- Peserta juga dibekalkan teknik mencari calon di mana dan bagaimana untuk memulakannya. Jika di reject apa perlu buat.
- Peserta juga diajar untuk mengurus emosi dalam menanti jodoh.
- Peserta juga diajar amalan dan zikir magnet jodoh.
SIRI 2: TEKNIK KOMUNIKASI TAARUF BERKESAN
- Dalam siri kedua peserta akan diberikan teknik untuk memulakan taaruf.
- Peserta akan diajar tentang soalan yang perlu ditanya dalam taaruf
- Peserta juga diajar cara psycho calon dalam taaruf agar kita mencapai jawapan yang kita ingin dengar darinya tanpa kelihatan terlalu memaksa dan terdesak.
- Panel akan bentangkan 50 soalan kemusykilan taaruf dan teknik menanganinya.
- Peserta juga diajar untuk mengenal adakah calon tersebut sekufu dan melengkapi kita.
- Peserta juga diajar teknik menyiasat calon mengikut kaedah Islam
- Peserta akan diajar amalan khusus dalam fasa taaruf.
SIRI 3: CHECKLIST ISTERI BAHAGIA
- Peserta akan diajar bagaimana mengurus rumah tangga dan kerjaya agar kedua-duanya seimbang.
- Peserta akan diajar untuk mengurus emosi sebagai isteri yang semakin banyak tanggungjawab.
- Peserta akan diajar skil dan komunikasi bersama mentua.
- Peserta akan diberikan panduan dan tips menjadi isteri solehah dan bahagia