IBADAH QURBAN 4 QASEH 2021

PENGERTIAN QURBAN
Berdasarkan bahasa Arab, kata qurban berasal dari qariba-yaqrabu-qurban yang ertinya dekat. Jadi secara istilah, qurban bererti mendekatkan diri kepada Allah dengan cara menyembelih haiwan-haiwan ternakan seperti lembu, kambing, biri-biri, unta dan sebagainya.
Al-Hajj ayat 37 tentang Allah
menurunkan wahyu tentang berkurban.
لَن يَنَالَ ٱللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَآؤُهَا وَلَٰكِن
يَنَالُهُ ٱلتَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا۟
ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَىٰكُمْ ۗ وَبَشِّرِ ٱلْمُحْسِنِينَ
“Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keridaan) Allah, tetapi ketakwaan dari kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah telah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik”
KENAPA MUSLIM DIGALAKKAN BERQURBAN?
Hikmah sebenar sesuatu ibadah hanya Allah S.W.T. sahaja yang tahu. Walau bagaimanapun ibadah korban yang menjadi amalan umat Islam sekarang mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan peristiwa korban di antara Nabi Ibrahim A.S. dengan anaknya Nabi Ismail A.S. Maka dengan melihat kepada peristiwa tersebut beberapa hikmah dapat disimpulkan:
1) Ia menguji kekuatan iman dan keteguhan mental orang yang berkorban.
2) Supaya orang yang berkorban dapat menjauhkan diri daripada sifat terlalu sayangkan harta dan kedekut dengan harta yang Allah S.W.T kurniakan kepadanya.
3) Berkongsi merasai nikmat Allah S.W.T dengan golongan yang kurang bernasib baik atau miskin.
4) Membudayakan dalam masyarakat salah satu syiar Islam iaitu berkorban.
IBADAH QURBAN BERSAMA TEAM USTAZAH ASMAK HUSIN
Dengan pengalaman 20 tahun menguruskan qurban/akikah, kami mengambil keputusan untuk terus fokus pada qurban domestik; Kelantan, Sabah dan Pattani ( jiran dengan Kelantan). Ramai lagi saudara kita yg dekat ingin merasa daging korban terutama pada musim pandemik. Inilah jihad kami!
.
Kami mensasarkan jumlah lembu yang terhad untuk memastikan pengagihan dilakukan dengan baik di setiap kampung kepada asnaf yang memerlukan. 1 kampung 1 lembu sahaja.
.
Oleh itu IKHTIAR IHSAN CARE mengajak sahabat-sahabat seMuslim untuk bersama kami melaksanakan ibadat korban/akikah serta membantu masyarakat setempat melalui program pengagihan daging lembu korban @ akikah.
ANTARA NAMA-NAMA KAMPUNG AGIHAN IBADAH QURBAN 2020
KELANTAN
KG CHERANG MELINTANG, TUMPAT
KG MENTUAN
KG KEM KIJANG, PCB
KG TAPANG
KG DEMIT
KG WAKAF STAR
KG BINJAI
KG CHEPO
KG LUBUK PUKUL
KG PULAI
KG MENTUE
KG ORANG ASLI GUA MUSANG
KG DALAM RHU, TUMPAT (PERKAMPUNGAN NELAYAN)
LADANG RAKYAT
DAN
ASNAF OKU dalam kalangan ahli persatuan OKU Kelantan
PATTANI
MADRASAH TAHFIZUL QURAN LILBANAT
MADRASAH BUDONG ISLAMIYAH
MADRASAH SASNA WITYA
PONDOK KUBANG BADAK, MUKIM SEKAM, DAERAH MAYOR
PONDOK TARBIYATUL ATFAL, DI TABEAH, MUKIM LANGGAR

SAMPLE RESIT DAN SIJIL UNTUK PESERTA IBADAH QURBAN
SENARAI HARGA QURBAN 4 QASEH 2021
KELANTAN
QURBAN LEMBU (1 Bahagian) :
RM 700
QURBAN KAMBING BIRI-BIRI (Seekor) :
RM 750
SABAH
QURBAN LEMBU (1 Bahagian) :
RM 730
PATTANI
QURBAN LEMBU (1 Bahagian) :
RM 590