INFAQ 10 MALAM TERAKHIR SUMBANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMBELIAN VAN

PERTUBUHAN PRIHATIN IKHTIAR IHSAN
INFAQ 10 MALAM TERAKHIR RAMADAN BAGI DANA SUMBANGAN PEMBANGUNAN PUSAT PENDIDIKAN ISLAM DAN PEMBELIAN AKTIVITI VAN DAN AKTIVITI NGO. SEMOGA TUAN PUAN PARA DERMAWAN DITEMUKAN DENGAN MALAM LAILATULQADR TAHUN INI.
Semoga Tuan/Puan dermawan dalam keadaan sihat kehendaknya.
Kami Pertubuhan Prihatin Ikhtiar Ihsan ingin membuka peluang Tuan/Puan untuk bersama menginfaq Dana Pembangunan Pusat Pendidikan Islam dan Pembelian Van dan Aktiviti NGO.
Ayuh Bersama Cukupkan Tabung Dana Pembangunan Pusat Pendidikan Islam dan Pembelian Van dan Aktiviti NGO!!!
Untuk makluman para penyumbang sekalian, tabung Dana Pembangunan Pusat Pendidikan Islam ini diwujudkan khas bertujuan untuk:
1. Pembangunan infrastruktur sekolah iaitu Sri Fursan Soleh.
2. Perpindahan ke bangunan baru (4 unit) kerana peningkatan pertambahan pelajar sekaligus melibatkan keselamatan mereka.
3.Pengubahsuaian premis sedang berjalan untuk suasana yang lebih selesa dan kondusif.
3. Aktiviti-aktiviti sahsiah dan kebajikan anak-anak pelajar sekolah kafa agama.
4. Premis ini sebagai One Stop Center Pusat dakwah dan tarbiyyah .
Pembangunan pusat pendidikan Islam merupakan salah satu usaha awal dalam melahirkan generasi yang akan memperjuangkan syiar Islam suatu hari nanti. Misi kami adalah untuk menyambung perjuangan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Kami dari Pertubuhan Prihatin Ikhtiar Ihsan kini sedang berada dalam fasa kedua untuk menaik taraf Pusat Pendidikan Islam ke arah yang lebih baik di mana sekarang kerja-kerja penyelenggaraan sedang dilakukan. Kami juga ingin memberi peluang kepada lebih ramai ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu di sini.
Oleh itu, buat para dermawan yang dikasihi dan dirahmati Allah sekalian, pada bulan Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini, kami ingin membuka peluang kepada semua untuk bersedekah dan menyumbang ke tabung Dana Pembangunan Pusat Pendidikan Islam kami. Tuan Puan boleh rujuk link disini : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=590541169198982&id=100047293113368
Oleh itu, dana yang diperlukan adalah sebanyak RM150 000.
Berbaki lebih kurang seminggu sahaja lagi sebelum memasuki bulan Syawal. Jadi,di kesempatan waktu yang masih ada pada bulan Ramadan ini, rebutlah peluang pada 10 hari terakhir untuk berinfaq dan menyumbang ke tabung Wakaf Tunai bagi pembelian Van Sekolah iaitu Sri Fursan Soleh dan melibatkan kerja-kerja fardu kifayah oleh pertubuhan NGO iaitu Ikhtiar Ihsan Care (IIC).
Untuk makluman Tuan/Puan budiman sekalian, van ini akan digunakan secara maksimum dan harian untuk kegunaan:
1. Pihak Ikhtiar Ihsan Care (IIC) bagi melaksanakan operasi pasukan kami dalam menjalankan kerja-kerja fardu kifayah.
2. Van ini adalah sebagai ganti kepada van lama yang sudah uzur dan juga menjadi pendapatan sampingan bagi perkhidmatan van sekolah kepada anak-anak sekolah kafa agama secara harian.
????Oleh itu, dana yang diperlukan bagi pembelian van adalah sebanyak RM130 000.
UPDATED TERKINI AKTIVITI KEBAJIKAN PERTUBUHAN PRIHATIN IKHTIAR IHSAN
PENGAGIHAN BANTUAN SUMBANGAN BANJIR KELANTAN
Pertubuhan Ikhtiar Ihsan care telah membuat pengagihan bantuan sumbangan banjir berbentuk sumbangan periuk nasi kepada mangsa-mangsa banjir Kelantan. Sumbangan berbentuk periuk nasi ini dilihat dari perspektif keperluan mereka disana. Kami telah mengagihkan ke beberapa tempat antaranya Pasti Gual Periuk dengan sumbangan periuk nasi sebanyak 40 unit dan Madrasah Kg Kusar sumbangan sebanyak 50 unit.
MISI BANTUAN BANJIR KAMPUNG LANCHONG JAYA PUTRA HEIGHT
Pertubuhan Prihatin Ikhtiar Ihsan telah mengambil langkah proaktif dengan mengadakan satu misi mencuci rumah mangsa banjir di Kampung Lanchong Jaya, Putra Height yang melibatkan seramai 58 orang sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa daripada pelbagai universiti dan turut disertai oleh orang awam yang datang dari pelbagai tempat pada hari tersebut. Disamping mencuci rumah mangsa banjir, kami juga diberi kesempatan untuk bantu memasak di PPS dan mengagihkan pakaian.