[PRE ORDER] BUKU PANDUAN KELUARGA HARAKI
Buku Panduan Keluarga Haraki PAS disusun sebagai panduan dalam membina keluarga yang bukan sahaja berfungsi sebagai unit asas masyarakat, tetapi juga sebagai kekuatan kepada jemaah. Keluarga dalam konteks ini bukan sekadar urusan peribadi, bahkan merupakan medan tarbiah pertama dalam membentuk akidah, akhlak dan generasi penerus perjuangan Islam.
Oleh itu, buku ini hadir sebagai panduan yang menyeluruh dalam membantu pembaca memahami peranan sebenar keluarga menurut Islam. Ia merangkumi aspek pembinaan sahsiah, pendidikan anak-anak, penjagaan batas pergaulan serta pengurusan kehidupan berkeluarga yang lebih terarah dan berkat.
Buku ini sesuai dijadikan rujukan oleh ahli PAS di semua peringkat, serta terbuka kepada masyarakat Islam yang ingin membina keluarga yang lebih seimbang, berprinsip dan berlandaskan nilai sakinah, mawaddah dan rahmah.
Semoga buku ini menjadi rujukan yang memberi manfaat serta menyumbang kepada pembinaan keluarga Muslim yang lebih kukuh dan sejahtera.
.
HARGA BUKU (BELUM TERMASUK POSTAGE)
1 UNIT: RM12.00 bagi seunit buku
2 - 29 UNIT: RM10.00 bagi seunit buku
30 UNIT KE ATAS: RM8.00 bagi seunit buku
*Untuk pembelian 50 UNIT ke atas, boleh hubungi admin di WhatsApp: 011-57555944
Mohon semak semula butiran pembelian yang telah diisi bagi memastikan tiada sebarang kesilapan semasa penghantaran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi: 011-57555944 (Nisa)